Adik Amin Ghozi (7 thn) memperdengarkan bacaan surah An-Naba' dengan mengikuti gaya bacaan Sheikh Kholil
Sunday, 2 December 2012
Wednesday, 28 November 2012
Jom Membeli Sambil Menderma
Assalamualaikum
Apakah sumbangan anda kpd saudara kita di Gaza yang didalam kesengsaraan yang amat dahsyat..jom membeli sambil berinfaq..limited stock 100 pcs only..rm35..rm 5 akn di sumbangkan ke tabung Aqsa Syarif..tq.
Untuk order,sila sms:
019-2029251
Saturday, 24 November 2012
Fadhilat & Kelebihan Surah Al-Waqiah
Assalamualaikum
Surah Al-Waqiah adalah surah yang ke -56 di dalam Al-Quran, terletak pada juzuk ke 27 dan terdiri dari 96 ayat. Dinamakan Al-Waqiah kerana diambil dari lafaz Al-Waqiah yang terdapat pada ayat pertama surah ini, yang ertinya kiamat.
Di dalam surah Al-Waqiah ini menerangkan tentang hari kiamat, balasan yang diterima oleh orang-orang mukmin dan orang-orang kafir. Diterangkan juga penciptaan manusia, tumbuh-tumbuhan dan api, sebagai bukti kekuasaan Allah SWT dan adanya hari berbangkit.
.
Al-Waqiah Surah Kekayaan
Surah Al-Waqiah memang terkenal dengan beberapa khasiatnya dan kelebihan tersendiri dan hadis mengenainya adalah sahih.
1. Dengan mewiridkan surah Al-Waqiah sebagai bacaan rutin setiap hari dan malam, maka Allah menjauhkan kefakiran selamanya. Sa’ad Al Mufti mengatakan, bahawa hadis ini sahih.
Rasulullah SAW bersabda:
Man qara’a suratal-Waqi’ati lam yaftaqir abada.
“Sesiapa (membiasakan) membaca surah Al-Waqiah, maka ia tidak akan kefakiran selamanya.”
.
2. Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa membaca surah Al-Waqiah setiap hari, ia tidak akan ditimpa kefakiran.”
3. Daripada Ibnu Mas’ud r.a., Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa membaca surah Al-Waqiah setiap malam, maka dia tidak akan ditimpa kesusahan atau kemiskinan selama-lamanya.” (HR: Al- Baihaqi)
4. Rasulullah SAW bersabda: “Ajarkanlah surah Al-Waqiah kepada isteri-isterimu. Kerana sesungguhnya ia adalah surah Kekayaan.” (Hadis riwayat Ibnu Ady)
5. Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang membaca surah Al-Waqiah setiap malam maka dia tidak akan tertimpa kefakiran dan kemiskinan selamanya. Dan surah Al-Waqi’ah adalah surah kekayaan, maka bacalah ia dan ajarkan kepada anak-anakmu semua.”
.
Menurut fatwa sebahagian Ulama’ katanya: “Sesiapa membaca surah Al-Waqiah pada setiap hari dan malam dalam satu majlis sebanyak 40 kali, selama 40 hari pula, maka Allah akan memudahkan rezekinya dengan tanpa kesukaran dan mengalir terus dari pelbagai penjuru serta berkah pula.”
Kelebihan Surah Al-Waqiah
Di dalam surah Al-Waqiah terkandung beberapa fadhilat dan khasiat, antara lain:
1. Mereka yang membacanya sebagai wirid, Insya’Allah akan beroleh kesenangan selama-lamanya.
2. Bila orang membiasakan membaca surah ini setiap malam satu kali, maka dia dijauhkan dari kemiskinan selamanya.
3. Mereka yang membacanya sebanyak 14 X setiap lepas Solat Asar, Insya’Allah akan dikurniakan dengan kekayaan dan rezeki yang berlimpah ruah.
4. Jika dibaca surah ini sebanyak 41 X dalam satu majlis, Insya’Allah ditunaikan segala hajatnya khususnya yang berkaitan dengan rezeki.
5. Menjadi orang kaya yang sentiasa bersyukur, amalkan membaca surah ini sebanyak 3 X selepas Solat Subuh dan 3 X selepas Solat Isyak. Insya’Allah tidak akan berlalu masa setahun itu melainkan ia akan dijadikan seorang yang hartawan lagi dermawan.
6. Amalan orang-orang sufi, supaya dilimpahkan rezeki; Insya’Allah berhasil:
- Hendaklah berpuasa selama seminggu bermula pada hari Jumaat.
- Selepas tiap solat fardhu bacalah Surah Al-Waqiah sebanyak 25 kali sehinggalah sampai pada malam Jumaat berikutnya.
- Pada malam Jumaat berikutnya, selepas solat Maghrib bacalah Surah Al-Waqiah sebanyak 25 kali dan selepas solat Isyak sebanyak 125 kali.
- Diikuti dengan selawat ke atas Nabi sebanyak 1000 kali.
- Setelah selesai, hendaklah ia memperbanyakkan sedekah.
- Kemudian amalkanlah Surah Al-Waqiah ini sekali pada waktu pagi dan petang.
7. Selepas solat Isyak, ambillah segelas air lalu bacalah Surah Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqi’ah, ayat 35-38 sebanyak 7 X. Tiup dalam air dan minum. Dalam hati, niat untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga kita.
Makna Surah Al-Waqi’ah Ayat 35-38 ialah : “Sesungguhnya,
Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa.
Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh),
yang tetap mencintai jodohnya serta yang sebaya dengan umurnya.”
8. Surah Al-Waqiah ini jika dibaca di sisi mayat atau orang yang sedang nazak, Insya’Allah di permudahkan untuk roh keluar dari jasadnya. Jika dibaca disisi orang sakit, diringankan kesakitannya. Jika di tulis, kemudian dipakaikan kepada orang yang hendak bersalin, Insya’Allah segera melahirkan dengan mudah. Boleh juga dibaca di sisi orang yang hendak bersalin sebagai selusuh.
Friday, 23 November 2012
Puasa Sunat Hari Asura
Hari ‘Asyura merupakan hari yang kesepuluh daripada bulan Muharram.
Rasulullah S.A.W telah menggalakkan umat Islam agar berpuasa pada hari ini
kerana ia mempunyai kelebihan yang tersendiri disamping kelebihan bulan Muharram
itu sendiri.10 Muharram juga telah mencatatkan beberapa peristiwa penting untuk
renungan kita bersama iaitu pada hari inilah nabi Musa dan pengikutnya telah
diselamatkan oleh Allah daripada musuh mereka.
Pada hari ini juga tercatat peristiwa pahit dalam sejarah Islam iaitu
pembunuhan kejam ke atas tubuh yang mulia Sayyidina Husin yang merupakan cucu
kesayangan Rasulullah S.A.W di bumi Karbala. Pembunuhan yang kejam ini dilakukan
oleh Syiah Kuffah bukannya oleh tentera Yazid bin Mu’awiyah sebagaimana didakwa
oleh sesetengah pihak. Walaupun adanya mazhab Syiah yang menyatakan bahawa pada
hari ini tidak boleh berpuasa kerana kita semua mesti bersedih dengan pembunuhan
Sayyidina Hussin pada 10 Muharram. Kita jawab balik kepada pendapat mereka
bahawa kita semua disunatkan berpuasa pada setiap hari Isnin sedangkan pada hari
Isnin merupakan hari kewafatan junjungan besar Muhammad S.A.W yang lebih besar
kesedihannya tetapi kita semua tetap berpuasa sunat pada hari tersebut. Insya
Allah kita akan kupas mengenai peristiwa Karbala ini dalam ruangan khas pada
keluaran akan datang.
Disini dibawa beberapa hadis yang sohih mengenai
kelebihan berpuasa pada 10 Muharram yang dikenali sebagai hari ‘Asyura.
Daripada Ibnu Abbas telah berkata : Apabila Rasulullah S.A.W tiba di Madinah
maka baginda telah melihat orang yahudi berpuasa pada hari kesepuluh (Muharram)
maka baginda bertanya yang bermaksud : Apakah ini?. Maka jawab mereka : Ini
merupakan hari yang baik yang mana pada hari inilah Allah SWT menyelamatkan bani
Israel daripada musuh mereka maka nabi Musa berpuasa pada hari ini. Maka sabda
baginda S.A.W : Maka aku lebih layak dengan nabi Musa daripada kamu maka baginda
berpuasa pada hari ini. Dan baginda menyuruh untuk berpuasa pada hari ini.
(Telah dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim dan Abu Daud)
Daripada Abdullah bin Ma’bad az-Zamani daripada Abu Qatadah bahawa nabi s.A.W
telah bersabda yang bermaksud : Berpuasa pada hari ‘Asyura (kesepuluh Muharram)
sesungguhnya aku mengharapkan atas Allah SWT bahawa Dia akan menghapuskan dosa
setahun yang sebelumnya. (Diriwayatkan oleh imam Tarmizi)
Daripada Ibnu Shihab daripada Hamid bin Abdul Rahman bahawa dia telah
mendengar Mu’awiyah bin Abu Sufian berucap pada hari ‘Asyura tahun haji di atas
mimbar : Wahai penduduk Madinah! Dimanakah ulama’ kamu? Aku telah mendengar
Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Ini adalah hari ‘Asyura dan
Allah tidak mewajibkan ke atas kamu berpuasa. Aku berpuasa (pada hari ini) maka
sesiapa yang mahu berpuasa berpuasalah dan sesiapa yang mahu (berbuka) maka
berbukalah. (Dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim dan Abu Daud)
Hadis ini menjelaskan kepada kita berkenaan dengan kelebihan berpuasa pada
hari ‘Asyura. Ulama’ juga berpesan agar kita turut berpuasa pada hari kesembilan
Muharram bagi membezakan antara puasa kita dengan yahudi yang berpuasa pada hari
kesepuluh Muharram.Yahudi berpuasa pada hari tersebut kerana pada 10 Muharamlah
nabi Musa dan pengikutnya diselamatkan daripada Firaun dan tenteranya yang
zalim.
Hukum berpuasa pada hari ini adalah disunatkan bukannya satu kewajipan.
Siapa yang mahu berpuasa maka bolehlah berbuat demikian dan ganjaran yang besar
dijanjikan kepada mereka yang berpuasa pada hari ini iaitu diampuni segala
dosanya pada tahun-tahun yang lalu.Semoga kita dapat menggunakan segala peluang
yang ada untuk menambahkan amalan sebagai bekalan di akhirat nanti.
نويت صوم عشر سنة لله تعالى
NAWAITU SAUMA ‘ASYURA LILLAHI TA’ALA
Ertinya: “Sahaja aku puasa hari ’Asyura , sunnah kerana Allah ta’ala.”
Sumber: islamituindah
Thursday, 15 November 2012
Doa Awal Tahun dan Doa Akhir Tahun Hijrah
Assalamualaikum
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Alhamdulillah kita masih lagi diberikan nikmat nyawa untuk terus hidup dan
beribadat kepada-Nya. Pada Awal Muharram inilah sepatutnya kita meletakkan azam
yang baru agar kita menjadi hamba-Nya yang lebih baik.
Untuk permulaan azam dan tahun baru Hijrah ini
seeloknya kita berdoa dengan Doa Akhir Tahun Hijrah dan juga Doa Awal Tahun
Hijrah agar tahun baru ini kita lebih diberkati oleh Allah.
Doa Akhir Tahun Hijrah
Bacalah doa ini tiga kali saat menjelang akhir
tahun baru Islam, boleh dilakukan sesudah asar atau sebelum maghrib pada tanggal
29 atau 30 Dzulhijah. Dengan doa ini kita memohon ketika kita akan mengakhiri
perjalanan tahun yang akan ditinggalkan ini akan mendapatkan keampunan dari
Allah Swt. atas perbuatan-perbuatan yang dilarang oleh-Nya, dan apabila dalam
tahun yang akan ditinggalkannya itu ada perbuatan-perbuatan yang diredhai oleh
Allah Swt yang kita kerjakan, maka mohonlah agar amal soleh tersebut diterima
oleh Allah Swt.
Pengertian doa akhir tahun Hijrah
:
Semoga Allah melimpahkan rahmat dan keselamatan kepada junjungan kami Nabi Muhammad SAW,beserta para keluarga dan sahabatnya. Ya Allah, segala yang telah ku kerjakan selama tahun ini dari apa yang menjadi larangan-Mu, sedang kami belum bertaubat, padahal Engkau tidak melupakannya dan Engkau bersabar (dengan kasih sayang-Mu), yang sesungguhnya Engkau berkuasa memberikan siksa untuk saya, dan Engkau telah mengajak saya untuk bertaubat sesudah melakukan maksiat. Karena itu ya Allah, saya mohon ampunan-Mu dan berilah ampunan kepada saya dengan kemurahan-Mu. Segala apa yang telah saya kerjakan, selama tahun ini, berupa amal perbuatan yang Engkau ridhai dan Engkau janjikan akan membalasnya dengan pahala, saya mohon kepada-Mu, wahai Dzat Yang Maha Pemurah, wahai Dzat Yang Mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan, semoga berkenan menerima amal kami dan semoga Engkau tidak memutuskan harapan kami kepada-Mu, wahai Dzat Yang Maha Pemurah. Dan semoga Allah memberikan rahmat dan kesejahteraan atas penghulu kami Muhammad, Nabi yang Ummi dan ke atas keluarga dan sahabatnya.
Doa Awal Tahun Hijrah
Bacalah doa ini tiga kali saat kita memasuki
tanggal 1 Muharam. Boleh dilakukan selepas maghrib atau pun sesudahnya. Dengan
doa ini kita sebagai Mukmin memohon kepada Allah Swt. agar dalam memasuki tahun
baru ini kita dapat meningkatkan amal kebajikan dan ketaqwaan.
Semoga Allah senantiasa melimpahkan rahmat
dan keselamatan kepada junjungan kami Nabi Muhammad SAW, beserta keluarga dan
sahabatnya. Ya Allah Engkaulah Yang Abadi, Dahulu, lagi Awal. Dan hanya
kepada anugerah-Mu yang Agung dan Kedermawanan-Mu tempat
bergantung. Dan ini tahun baru benar-benar telah datang. Kami memohon
kepada-Mu perlindungan dalam tahun ini dari (godaan) setan, kekasih-kekasihnya
dan bala tentaranya. Dan kami memohon pertolongan untuk mengalahkan hawa nafsu
amarah yang mengajak pada kejahatan,agar kami sibuk melakukan amal yang dapat
mendekatkan diri kami kepada-Mu wahai Dzat yang memiliki Keagungan dan
Kemuliaan. Semoga Allah senantiasa melimpahkan rahmat dan keselamatan kepada
junjungan kami Nabi Muhammad SAW, Nabi yang ummi dan ke atas para keluarga dan
sahabatnya.
Sumber: UmarFaruq
Thursday, 1 November 2012
KEISTIMEWAAN PEMBACA DAN PENGHAFAZ AL-QURAN
Assalamualaikum
Ø Syafaat 10 Anggota Keluarga
Ke Syurga.
Dari Ali bin Abu Talib,katanya Rasulullah s.a.w bersabda,maksudnya
:"Barang siapa membaca al-quran dan menghafalnya, Allah akan
memasukkannya ke dalam syurga dan memberi hak syafaat kepadanya untuk sepuluh
anggota keluarganya, mereka semuanya telah ditetapkan untuk masuk syurga."
(Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmizi).
Ø Berada Dalam Rahmat
Allah.
Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah s.a.w bersabda,maksudnya
: "Tidak ada orang yang berkumpul di salah satu rumah Allah untuk
membaca dan mempelajari al-Quran, kecuali mereka akan memperolehi ketenteraman,
diliputi rahmat, dikelilingi para malaikat dan mereka sentiasa disebut-sebut
oleh Allah di kalangan para malaikat (yg di langit)." (Riwayat Muslim,
At-Tirmizi, Ibnu Majah dan Abu Daud).
Ø Diberi Ganjaran Pahala
Mengikut Setiap Huruf Yang Dibacanya Dengan Balasan Pahala Yang Berlipat Kali
Ganda.
Dari Abdullah bin Mas'ud r.a. : katanya Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
"Barangsiapa membaca satu huruf dari kitab Allah(al-Quran), maka dia
akan memperolehi pahala satu kebajikan dan setiap satu pahala itu digandakan
sepuluh kali. Aku tidak mengatakan bahawa Alif, Lam, Mim itu satu huruf, tetapi
Alif itu adalah satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf." (Riwayat
At-Tirmizi dan Ad-Darimi)
Ø Dianggap Sebagai Keluarga
Kesayangan Allah.
Disabdakan oleh Rasulullah s.a.w, dari Anas r.a. bahawa Rasulullah s.a.w
bersabda : "Sesungguhnya Allah mempunyai keluarga yang terdiri daripada
makhluk manusia. "Lalu Rasulullah ditanya : "Siapakah mereka itu wahai
Rasulullah s.a.w.?" Jawab baginda : "Mereka adalah keluarga Allah dan orang
istimewa bagi-Nya." (Riwayat Ahmad, Ibnu Majah, Ad-Darimi, Al-Hakim dan
An-Nasaie).
Ø Al-Quran Sendiri Akan
Memberi Syafaat Kepada Pembaca Dan Penggemarnya Di Hari
Kiamat.
Daripada Abu Umamah al-Bahili r.a. katanya : Aku mandengar Rasulullah
s.a.w. bersabda yang bermaksud : "Bacalah Al-Quran, sesungguhnya ia akan datang
pada hari kiamat bagaikan pemberi syafaat kepada tuannya." (Hadis riwayat
muslim)
Ø Dipakaikan Mahkota Pada
Hari Kiamat.
Daripada Mu'az bin Anas r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud
: "Sesiapa yang membaca Al Quran dan beramal dengan apa yang terdapat di
dalamnya, Allah akan memakaikan kedua ibu bapanya dengan mahkota pada hari
kiamat kelak. Cahaya mahkota tersebut lebih indah daripada cahaya matahari
terhadap rumah-rumah yang ada di dunia. Maka apakah pandangan kamu tentang
balasan yang akan diperolehi oleh orang ang membacanya sendiri?" (Hadis riwayat
Abu Daud)
Disediakan Oleh,
Nurizzati Bt Mohd Alip,
Unit Penerbitan Bahagian Dakwah.
JAIS
Wednesday, 31 October 2012
Tenanglah Duhai Hati
Assalamualaikum
Setiap hari kita ketawa. Setiap hari kita jumpa kawan. Setiap hari kita dapat
apa yang kita nak. Tapi..kenapa hati kita tak gembira?
Kita sembahyang setiap hari. Kita berdoa selalu pada Allah. Kita mintak sungguh-sungguh pada Allah. Tapi..kenapa susah sangat doa kita nak makbul? Sedangkan Allah ada berfirman. "Berdoalah pada Ku, nescaya akan Ku kabulkan...,"
Kita sembahyang setiap hari. Kita berdoa selalu pada Allah. Kita mintak sungguh-sungguh pada Allah. Tapi..kenapa susah sangat doa kita nak makbul? Sedangkan Allah ada berfirman. "Berdoalah pada Ku, nescaya akan Ku kabulkan...,"
Apa masalah kita?
Hati kita tak gembira sebab kita tak pernah bersyukur dengan apa yang kita ada. Kita tak pernah nak menghargai setiap nikmat yang kita dapat. Kita asyik memikirkan benda yang kita tak ada, sampai kita lupa melihat nikmat sekeliling kita.
Kita berdoa, tapi kenapa payah sangat doa kita Allah nak makbulkan?
Sebab kita asyik meminta pada Allah, tapi kita tak pernah mintak ampun pada Allah, sedangkan dosa-dosa kita terlampau banyak pada Allah. Alangkah tidak malunya kita. Kita merintih, kita merayu agar Allah makbulkan doa kita. Tapi, lepas kita dapat kesenangan kita lupa pada Allah, kita tak bersyukur pada Allah. Bila dah datang kesusahan, baru nak ingat Allah balik. Baru nak menangis, merintih..mintak Allah pandang kita. Macam mana Allah nak makbulkan doa kita?
Cuba kita renung diri kita. Cuba hitung, berapa kali kita sebut kalimah syukur dalam satu hari? Tak payah seminggu, cukuplah sehari sahaja. Berapa kali agaknya? Itupun kalau ada sebut la..
Pernah kita bangun malam, solat sunat...solat tahajud..solat taubat? Pernah? Ada...waktu zaman sekolah dulu. Itupun, lepas kene ketuk dengan warden, suruh bangun. Lepas tu...ada? Ada...time dah nak exam...waktu rasa result macam ada aura nak fail. Siap buat solat hajat lagi! Lepas dapat result tu, ada tak buat sujud syukur? Hmm...entah la, tak ingat pulak.
Hari-hari kita buat baik. Kita tolong orang. Kita sedekah dekat orang. Kita buat macam-macam. Tapi kenapa kita tak dapat nak rasa kemanisan setiap perbuatan yang kita lakukan tu? Hati kita tetap jugak tak tenang. Kenapa ye? Sebab dalam hati kita tak ada sifat ikhlas. Mulut cakap ikhlas, hati kata lain. Macam mana tu? Kita tolong orang sebab nak harapkan balasan. Nakkan pujian. Nakkan nama. Kita riak dengan setiap kebaikan yang kita buat. Macam mana hati nak tenang? Bila dapat kejayaan, kita bangga dengan apa yang kita ada. Mula nak menunjuk-nunjuk dekat orang. Sampai lupa siapa sebenarnya yang bagi kejayaan tu dekat kita.
Alangkah tidak malunya kita..., Allah ciptakan kita sebagai khalifah di bumi ni. Kitalah sebaik-baik kejadian yang Allah pernah ciptakan sehinggakan semua makhluk sujud pada bapa kita, Nabi Adam kecuali Iblis Laknatullah. Betapa Allah muliakan kejadian manusia. Tapi, kita sendiri tidak memelihara diri kita. Kita lupa tanggungjawab kita sebagai hamba. Kita lupa kepada yang mencipta diri kita. Bahkan, kita alpa dengan nikmat yang ada. Nabi Muhammad s.a.w, pada saat malaikat ingin mencabut nyawa Baginda, Baginda masih memikirkan umat-umatnya. Ummati! Ummati! Sampai begitu sekali sayang Rasulullah pada kita. Tapi kita....? Kita lupa pada Baginda Rasul. Berat benar lidah kita nak berselawat ke atas baginda.
Hati kita tak gembira sebab kita tak pernah bersyukur dengan apa yang kita ada. Kita tak pernah nak menghargai setiap nikmat yang kita dapat. Kita asyik memikirkan benda yang kita tak ada, sampai kita lupa melihat nikmat sekeliling kita.
Kita berdoa, tapi kenapa payah sangat doa kita Allah nak makbulkan?
Sebab kita asyik meminta pada Allah, tapi kita tak pernah mintak ampun pada Allah, sedangkan dosa-dosa kita terlampau banyak pada Allah. Alangkah tidak malunya kita. Kita merintih, kita merayu agar Allah makbulkan doa kita. Tapi, lepas kita dapat kesenangan kita lupa pada Allah, kita tak bersyukur pada Allah. Bila dah datang kesusahan, baru nak ingat Allah balik. Baru nak menangis, merintih..mintak Allah pandang kita. Macam mana Allah nak makbulkan doa kita?
Cuba kita renung diri kita. Cuba hitung, berapa kali kita sebut kalimah syukur dalam satu hari? Tak payah seminggu, cukuplah sehari sahaja. Berapa kali agaknya? Itupun kalau ada sebut la..
Pernah kita bangun malam, solat sunat...solat tahajud..solat taubat? Pernah? Ada...waktu zaman sekolah dulu. Itupun, lepas kene ketuk dengan warden, suruh bangun. Lepas tu...ada? Ada...time dah nak exam...waktu rasa result macam ada aura nak fail. Siap buat solat hajat lagi! Lepas dapat result tu, ada tak buat sujud syukur? Hmm...entah la, tak ingat pulak.
Hari-hari kita buat baik. Kita tolong orang. Kita sedekah dekat orang. Kita buat macam-macam. Tapi kenapa kita tak dapat nak rasa kemanisan setiap perbuatan yang kita lakukan tu? Hati kita tetap jugak tak tenang. Kenapa ye? Sebab dalam hati kita tak ada sifat ikhlas. Mulut cakap ikhlas, hati kata lain. Macam mana tu? Kita tolong orang sebab nak harapkan balasan. Nakkan pujian. Nakkan nama. Kita riak dengan setiap kebaikan yang kita buat. Macam mana hati nak tenang? Bila dapat kejayaan, kita bangga dengan apa yang kita ada. Mula nak menunjuk-nunjuk dekat orang. Sampai lupa siapa sebenarnya yang bagi kejayaan tu dekat kita.
Alangkah tidak malunya kita..., Allah ciptakan kita sebagai khalifah di bumi ni. Kitalah sebaik-baik kejadian yang Allah pernah ciptakan sehinggakan semua makhluk sujud pada bapa kita, Nabi Adam kecuali Iblis Laknatullah. Betapa Allah muliakan kejadian manusia. Tapi, kita sendiri tidak memelihara diri kita. Kita lupa tanggungjawab kita sebagai hamba. Kita lupa kepada yang mencipta diri kita. Bahkan, kita alpa dengan nikmat yang ada. Nabi Muhammad s.a.w, pada saat malaikat ingin mencabut nyawa Baginda, Baginda masih memikirkan umat-umatnya. Ummati! Ummati! Sampai begitu sekali sayang Rasulullah pada kita. Tapi kita....? Kita lupa pada Baginda Rasul. Berat benar lidah kita nak berselawat ke atas baginda.
Macam mana hati kita nak tenang?
Lembutkanlah hati kita. Tundukkan lah diri kita pada Allah. Bersyukur dengan
nikmat yang Allah pinjamkan pada kita. Semua itu tidak akan kekal. Bila-bila
masa Allah boleh tarik balik semua itu. Ikhlas kan lah hati dalam setiap perkara
yang kita buat.
Sesungguhnya, hanya Allah sahaja yang berkuasa menilai keikhlasan hati kita. Insya Allah, kita akan dapat merasai kelazatan halawatul iman itu sendiri. Tenanglah dikau wahai hati...
Sesungguhnya, hanya Allah sahaja yang berkuasa menilai keikhlasan hati kita. Insya Allah, kita akan dapat merasai kelazatan halawatul iman itu sendiri. Tenanglah dikau wahai hati...
Disediakan Oleh,
Nurizzati Bt Mohd Alip,
Unit Penerbitan Bahagian Dakwah.
JAIS
Tuesday, 30 October 2012
Penghayatan Al-Quran
Assalamualaikum
Bulan Ramadhan dinamakan juga dengan Syahrul Quran iaitu Bulan
Al-Quran. Ia diturunkan pada 17 Ramadan yang di sambut sebagai Nuzul al-
Quran. Turunnya al-Quran secara beransur-ansur selama 23 tahun mengikut
keadaan dan suasana masyarakat pada waktu itu di mana ia dinamakan juga sebagai
Asbabun Nuzul iaitu sebab-sebab turun ayat. Firman Allah S.W.T dalam
al-Quran:
"Bulan Ramadhan yang diturunkan padanya al-Quran sebagai hidayah
(petunjuk) kepada manusia dan keterangan-keterangan tentang petunjuk dan pemisah
antara yang hak dan yang batil"(Surah al-Baqarah :185)
"Sesungguhnya Kami telah menurunkan (al-Quran ) ini pada malam
al-Qadr.Dan apakah engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran malam al- qadr?.
Malam al-Qadr itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu, para malaikat
dan Jibril turun dengan izin tuhan mereka, untuk mengatur segala urusan.
Sejahtera malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar" (Surah al-Qadr:
1-5)
WAHYU PERTAMA
Wahyu pertama turun kepada nabi ialah Surah al-Alaq ayat 1-5 ketika nabi
bersendirian beribadah kepada Allah di Gua Hira. Ketika Jibril a.s. datang dan
mengajar nabi dengan "Iqra Ya Muhammad". Nabi menjawab
"Aku tak pandai membaca". Jibril peluk nabi dan mengatakan
lagi: Iqra ya Muhammad. Nabi jawab: " aku tak pandai
membaca". Sebanyak tiga kali sehingga akhirnya Jibril ajarkan nabi
dengan ayat tersebut.
Hikmah yang paling besar apabila nabi dilahirkan dalam keadaan ummi ( buta
huruf ) supaya orang kafir Quraisy tidak dapat mendakwa bahawa al-Quran dicipta
oleh Nabi Muhammad. Sifat tersebut tidak sama sekali menjatuhkan martabat
sebagai seorang nabi.
SYAFAAT AL-QURAN DAN PUASA
Nabi s.a.w telah bersabda:
" Puasa dan al-Quran memberi syafaat kepada para hamba pada Hari
Kiamat. Puasa berkata: "Wahai Tuhanku aku telah menhalangnya daripada makan dan
minum serta mengikut syahwat pada siang hari, maka izinkanlah aku memberi
syafaat kepadanya". AlQuran berkata: " wahai Tuhanku, aku telah menghalanginya
daripada tidur pada malam hari, maka izinkan aku memberi syafaat kepadanya, lalu
diterimalah syafaat keduanya"(Hadis riwayat Ahmad, Ibnu Abi dunya, al-Tabrani
dan Hakim)
TADARUS AL-QURAN
Tadarus al-Quran ialah mempelajari al-Quran atau dengan kata lain Tahsin
Qiraah secara berkumpulan paling minima 2 orang. Rasulullah bertadarus dan
bertalaqi dengan Jibril pada bulan Ramadhan. Kebanyakan kita membaca al-quran
secara individu. Tidak menjadi masaalah jika kita mahir dan pasti tidak salah
dalam membaca al-Quran. Bagi mereka yang apabila membaca seorang diri mungkin
tersalah atau memang akan banyak salah , maka lebih baik bertadarus secara
berkumpulan supaya kesalahan dapat dibetulkan.
Apa ertinya membaca al-Quran dan khatam 30 juzuk selama sebulan Ramadhan
tetapi apa yang dibaca banyak berlaku kesilapan. Bahasa arab adalah diantara
bahasa yang agak sukar. Berubah baris kadangkala berubah makna. Sebagai contoh
perkataan "mar'ah" dengan berbaris atas huruf mim membawa maksud
perempuan. Apabila kita ubah dengan membaca "mir'ah" dengan membaris
bawahkan huruf mim , maka ia telah berubah makna iaitu "cermin".
PAHALA MEMBACA AL-QURAN
"Sebaik-baik kamu ialah orang yang mempelajari al-Quran dan
mengajarkannya kepada orang lain"( Hadis Riwayat Buhari)
"Sesiapa yang membaca satu huruf daripada Kitab Allah (al-Quran)
, maka baginya satu kebajikan dan satu kebajikan itu digandakan menjadi sepuluh
yang seumpamanya. Tiadalah aku mengatakan, Alif Lam Mim itu satu huruf, tetapi
Alif itu satu huruf, Lam itu satu huruf dan Mim itu satu huruf" (Hadis Riwayat
Tirmizi)
"Amalan yang paling utama bagi umatku adalah membaca al-Quran"
(Hadis Riwayat al-Baihaqi)
"Sesiapa yang membaca al-quran, dengan berdiri (dalam solat) pada
sebahagian malam dan siang, dia menghalalkan apa-apa yang dihalalkan al-Quran,
dan mengharamkan apa-apa yang diharamkan al-Quran, melainkan Allah mengharamkan
dagingnya daripada dibakar oleh api neraka" (Hadis Riwayat Ibnu
Ma"sud)
"Tuhan kami tabaraka wa Taala telah berfirman: "Sesiapa
disibukkan oleh al-Quran lantaran mengingati Aku dan memohon sesuatu permohonan
kepadaKu, nescaya aku anugerahkan kepadanya sesuatu apa yang Aku berikan kepada
orang-orang yang meminta. Keutamaan Kalamullah atas segala perkataan yang lain
itu, adalah seperti keutamaan Allah atas makhlukNya" ( Hadis Riwayat
Tarmizi)
CAHAYA AL-QURAN
"Sinarilah rumah-rumah kamu dengan solat dan membaca
al-Quran"(Hadis Riwayat al-Baihaqi)
"Aku (Abu Dzar) berkata, wahai Rasulullah, berikan aku nasihat.
Nabi bersabda:"Hendaklah engkau bertaqwa kepada allah, kerana ia teras bagi
semua perkara". Aku berkata lagi: "Tambahkan untukku
ya Rasulullah". Baginda bersabda: " Hendaklah engkau melazimkan membaca
al-quran, kerana ia cahaya untukmu di bumi dan perbendaharaan untukmu di
langit"(Hadis Riwayat Ibn Hibban)
Wallahu a'lam bissowab
Susunan:
Ustaz Khairuddin bin HaiyonPenolong Pengarah Bahagian Dakwah
Unit Penerangan & Penerbitan
Ustaz Khairuddin bin HaiyonPenolong Pengarah Bahagian Dakwah
Unit Penerangan & Penerbitan
Monday, 29 October 2012
Zikir Harian
Assalamualaikum
SABTU : LAA ILAHA ILLA ALLAH
AHAD : YA HAYYU YA QAYYUM
ISNIN : LAA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLA HIL ALIYYIL AZIM
SELASA : ALLAHUMMA SOLLI ALA MUHAMMADIN ABDIKA WARUSULIKA NABIYYI WA UMMIYYI WA’ALA ALIHI WASOHBIHI WABARIK WASALLIM
RABU : ASTAGHFIRULLAH AL’AZZIM AL-LAZI LAA ILA HA ILLA HUWAL HAYYUL QAYYUM –
KHAMIS : SUBHANALLAHIL AZIMI WABIHAMDIH
JUMAAT : YA ALLAH
Sumber:Google.Com
Saturday, 15 September 2012
Adik Ehsan Ghazi
Adik Ehsan Ghazi
Alhamdulillah..walaupun baru berusia 4 tahun tetapi adik Ehsan Ghazi dapat membaca dan mengingat apa yang telah dipelajari dengan baik..
Friday, 13 April 2012
LOKASI
Pusat pengajian berada di tingkat satu berdekatan dengan Kedai Membekal Peralatan Kek Yummie Bakery
No. 31-1-1A,
Jalan PB2B Seksyen 9
43650 Bandar Baru Bangi
Selangor
HUBUNGI KAMI
Hubungi Kami:
No. 31-1-1A,
Jalan PB2B Seksyen 9
43650 Bandar Baru Bangi
Selangor
Telefon:
019-2029251 (Ustaz Marzuki)
012-6652204 (Ustaz Omar)
Email:
Subscribe to:
Posts (Atom)